Skip to main content

Singapura

DPM Wong gesa S'pura & M'sia bersatu hadapi cabaran global, dunia orde baru

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Sep 2022 09:31PM Dikemas Kini : 06 Sep 2022 10:49PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong berkata Singapura dan Malaysia harus bersatu dalam menghadapi cabaran-cabaran global.

Ini terutamanya sedang dunia memasuki satu orde baru.

DPM Wong berkata ini lebih genting lagi demi menangani cabaran-cabaran jangka pendek seperti inflasi dan kelembapan ekonomi.

Encik Wong berkata demikian semasa rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia.
"Zaman kegemilangan globalisasi yang kita semua nikmati sejak 30 tahun yang lalu mungkin sudah berakhir dan kita sedang memasuki orde baru yang akan dipenuhi dengan persaingan geopolitik yang meningkat dan kemungkinan lebih banyak perpecahan dalam ekonomi global, kata Encik Wong.

"Ini bermakna negara-negara seperti Malaysia dan Singapura akan terus ditarik ke pelbagai arah dan akan ada lebih banyak tekanan bagi kami untuk memilih pihak. Sebab itulah penting bagi kami untuk bersatu dan bahu membahu serta terus mengukuhkan lagi kerjasama antara satu sama lain," tambah Encik Wong.

Dalam lawatan berkenaan, DPM Wong yang juga merupakan Menteri Kewangan turut bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, selain Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan para menteri kabinet Malaysia lainnya.

DPM Wong berkata, lawatannya bertujuan memperbaharui persahabatan antara kedua-dua negara.

Mentelah lagi kerana Malaysia dan Singapura amat bergantung kepada satu sama lain dalam kebanyakan bidang.

Misalnya, kedua-dua negara berharap meningkatkan lagi ketersambungan menerusi projek-projek seperti Sistem Kereta Api Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura.

Ini diharap meningkatkan lagi pergerakan dan mengurangkan kesesakan di Koswe.

DPM Wong pada Selasa (6 Sep) turut mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Abdullah Ahmad Shah di Istana Negara Malaysia.
Kedua-dua pemimpin berbincang mengenai hubungan erat yang sudah lama terjalin antara Singapura dan Malaysia.

Sekitar dua minggu lagi, Yang di-Pertuan Agong Malaysia itu dijadual melawat ke Singapura pula bagi lawatan negara tiga hari atas undang pemerintah Singapura.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita