Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Wong, DPM Heng ucap tahniah kepada Ahmad Zahid, Fadillah Yusof atas pelantikan Timbalan PM M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Heng Swee Keat mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan mereka di Malaysia.

Mereka juga mengalu-alukan peluang baru untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia.

DPM Wong mengucapkan tahniah kepada Encik Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta kemenangan ketujuh di kerusi Parlimen Bagan Datuk.

DPM Wong akur hubungan erat antara kedua-dua negara diperlukan untuk mengharungi COVID-19 bersama dan juga pembukaan semula sepenuhnya sempadan.

DPM Heng pula mengucapkan tahniah kepada Fadillah Yusof atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga kemenangan bagi kerusi Petra Jaya.
DPM Heng berkata hubungan budaya Singapura dengan Sabah dan Sarawak serta keterhubungan udara yang semakin bertambah menyokong perkembangan hubungan antara rakyat dan ekonomi kedua-dua pihak.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan