DPM Wong beri penghormatan kepada mantan Presiden Halimah Yacob
Anggaran Waktu Membaca:
DPM Lawrence Wong bercakap dengan wartawan di akhir lawatan lima hari ke India. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong memberi penghormatan kepada mantan Presiden Halimah Yacob.
Beliau mengucapkan terima kasih atas khidmat Puan Halimah sebagai Ketua Negara Singapura.
DPM Wong berkata beliau mempamerkan kepimpinan yang tulen dan memberikan inspirasi kepada negara untuk menjadi lebih prihatin dan inklusif.
Puan Halimah juga berkhidmat dengan cemerlang, dan sumbangannya akan diingati oleh legasi khidmatnya, sifat belas kasihan serta kekuatannya.
Encik Wong juga berkongsi bahawa beliau amat berterima kasih atas kepimpinannya, terutama sekali semasa pandemik.
Beliau berkata, Puan Halimah menjalankan tugasnya dengan teliti, dan memastikan pengeluaran rizab yang diminta adalah wajar dan langkah yang perlu diambil.
Ia membolehkan pihak berkuasa untuk bertindak sehingga berjaya menangani pandemik.

Sumber : CNA/KH/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.