Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Wong alu-alukan fasa seterusnya kerjasama SG-Shanghai

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Wong alu-alukan fasa seterusnya kerjasama SG-Shanghai

Gambar: Facebook/Lawrence Wong

SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Shanghai telah memainkan peranan penting dalam usaha China menjalin hubungan dengan dunia.

Tambah beliau, kerjasama antara Singapura dan Shanghai akan mendorong kepada wujudnya projek baru serta inovatif.

Encik Wong berkata demikian semasa bertemu pemimpin Shanghai pada Isnin (15 Mei), sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke China selama lima hari.

Encik Wong juga menyifatkan perbincangannya dengan Setiausaha Parti Shanghai Chen Jining sebagai amat memberangsangkan.

Dan beliau tidak sabar menantikan fasa seterusnya Majlis Kerjasama Komprehensif Singapura-Shanghai, setelah memeterai 15 persetujuan bulan lalu.

Encik Wong percaya bahawa Singapura dan Shanghai akan menerajui idea-idea baru.

Beliau malah, menarik perhatian bahawa ini semua berkat hubungan dua hala yang cemerlang antara Singapura dan China, memandangkan kedua-dua negara telah menjadi rakan pembangunan satu sama lain untuk sekian lamanya.

Encik Chen pula berkongsi bahawa beliau "amat gembira" untuk meluaskan lapangan kerjasama dan mengalu-alukan saranan untuk berbuat demikian.

Sempena lawatannya itu, DPM Wong dan pegawai Singapura, dibawa melawat syarikat kenderaan elektrik (EV) China, NIO Innovation.

Encik Wong berpeluang meninjau inovasi terbaru syarikat tersebut dan mempelajari mengenai peranannya dalam ruang penyimpanan tenaga.

NIO disenaraikan di bursa saham Singapura pada tahun lalu, dan sedang membina sebuah pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) baru di republik ini.

Selepas Shanghai, DPM Wong akan berada di Beijing pula dalam rangka lawatannya, yang berakhir pada Rabu (17 Mei).

Beliau dijadual bertemu pemimpin utama China termasuk Perdana Menteri Li Qiang dan Naib Perdana Menteri Ding Xuexiang.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan