Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Tharman: Satu tanggungjawab bersama untuk bantu mereka yang memerlukan

Penting bagi masyarakat menyokong sebilangan penduduk untuk mula berdikari dan mencapai kejayaan dalam hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Tharman: Satu tanggungjawab bersama untuk bantu mereka yang memerlukan

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam di acara pelancaran buku "How Working Together Matters: Adversity, Aspiration, Action".

Diterbitkan : 28 Nov 2018 12:36AM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 12:39AM

SINGAPURA: Penting bagi masyarakat menyokong sebilangan penduduk untuk mula berdikari dan mencapai kejayaan dalam hidup.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dalam satu acara pelancaran buku di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) hari ini (27 Nov).

Buku bertajuk "How Working Together Matters: Adversity, Aspiration, Action" mendokumentasikan satu projek yang dijalankan bagi membantu lebih 1,000 keluarga yang tinggal di rumah-rumah sewa Singapura.

Dalam buku itu, beberapa penulis mengajak para pembaca untuk merenung cara-cara pelbagai pihak berkepentingan boleh bekerjasama secara berkesan, dalam membantu keluarga-keluarga memerlukan.

"Ia akan membantu sekiranya mereka yang dari latar sosial berbeza bergaul dalam satu rangkaian positif sehingga akan timbul azam dalam diri mereka untuk berjaya," kata Encik Tharman.

Meskipun langkah secara kolektif dalam bentuk sokongan kewangan adalah penting, beliau menekankan "cara" sokongan disediakan sangat kritikal.

Itu, menurutnya, boleh dilakukan, dengan menjalinkan hubungan, membangunkan kepercayaan dan mendampingi keluarga yang dalam kesusahan.

Encik Tharman juga berkata, penting untuk mengurangkan masa dan kesukaran mereka yang cuba untuk mendapatkan bantuan Pemerintah.

"Kami perlu memperluaskan akses kepada skim-skim pemerintah yang menyediakan sokongan: mempermudah kelayakan bagi skim-skim (yang ada), lakukan lebih banyak penyelarasan di belakang tabir dan bukan menjangkakan para individu untuk mencari jalan keluar sendiri dari agensi ke agensi," tambahnya.

Beliau turut mengatakan bahawa dengan cara menunjukkan bahawa kita memahami masalah yang dihadapi keluarga, keputusan lebih baik mampu dibuat untuk mereka dari segi pekerjaan dan sosial kerana wujud kepercayaan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan