DPM Teo: Serangan siber SingHealth tekankan kepentingan tangani pencerobohan siber
Serangan siber ke atas sistem IT SingHealth menekankan pentingnya untuk terus meningkatkan keupayaan bagi mengesan dan menangani pencerobohan siber yang semakin canggih. Ini termasuk langkah mengasingkan pelungsuruan internet.
SINGAPURA: Serangan siber ke atas sistem IT SingHealth menekankan pentingnya untuk terus meningkatkan keupayaan bagi mengesan dan menangani pencerobohan siber yang semakin canggih. Ini termasuk langkah mengasingkan pelungsuruan internet.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean di Persidangan Kejuruteraan Perkhidmatan Awam pada Selasa (24 Jul).
Berucap di acara itu, Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara berkata,
pengasingan pelungsuran internet seharusnya sudah dilakukan di sektor jagaan kesihatan awam seperti mana yang dilakukan ke atas sektor awam.
Ini katanya mungkin dapat mencegah pencerobohan besar-besaran data peribadi seperti yang berlaku ke atas SingHealth.
Menurutnya, penyerang dapat mencerobohi sistem SingHealth menerusi salah sebuah komputer yang dihubungkan pada internet, yang digunakan oleh "beribu-ribu pengguna sektor perubatan dan karyawan akademik. "
Beliau menambah, insiden tersebut mendedahkan kelemahan-kelemahan pada sistem bekerja kakitangan sektor kesihatan awam.
Namun Encik Teo menekankan, Singapura tidak boleh membiarkan insiden itu menjejaskan usaha membangunkan Negara Bijak.
Banyak usaha katanya sedang dilakukan untuk mencegah serangan siber pada masa depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.