Skip to main content

Singapura

DPM Teo puji usaha PPIS bina keluarga kukuh dan perkasa wanita dalam masyarakat S'pura

Peranan wanita dalam membentuk masyarakat yang penyayang dan inklusif dalam landskap keselamatan masa kini ditekankan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Nov 2017 10:01PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 10:03PM

SINGAPURA: Peranan wanita dalam membentuk masyarakat yang penyayang dan inklusif dalam landskap keselamatan masa kini ditekankan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

DPM Teo berkata demikian dalam majlis ulang tahun ke-65 Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) hari ini (24 Nov).

PPIS ditubuhkan pada 1952, bertujuan untuk memperbaiki kehidupan wanita dan kanak-kanak.

Menurut DPM Teo perkara itu masih dilakukan PPIS hingga kini, daripada membangunkan program-program untuk memperkukuhkan hubungan keluarga kepada memperkasakan golongan wanita supaya dapat menyumbang kepada masyarakat.

DPM Teo juga berkongsi pentingnya PPIS dalam mendampingi dan memperbaiki ukhuwah bersama masyarakat lain.

"PPIS terus berjaya memainkan peranan penting dengan membantu membina keluarga yang kukuh dan memperkasakan wanita dalam masyarakat kita.

PPIS juga telah berusaha untuk mewujudkan Singapura yang lebih inklusif dan penyayang tanpa mengira bangsa atau agama. Saya berterima kasih kepada ahli-ahli PPIS atas sumbangan dan dedikasi anda.

Saya doakan agar anda terus berjaya dalam memberikan khidmat kepada masyarakat dan negara kita," kata DPM Teo.  

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita