Skip to main content

Singapura

DPM Teo: Penuhi aspirasi rakyat antara peranan utama pemerintah

Memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan lebih baik adalah menjadi peranan utama pemerintah. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan yang pesat berubah, aspirasi yang lebih tinggi dan keperluan yang pelbagai, menurut Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Apr 2019 08:15PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 08:39PM

SINGAPURA: Memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan lebih baik adalah menjadi peranan utama pemerintah. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan yang pesat berubah, aspirasi yang lebih tinggi dan keperluan yang pelbagai.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata demikian di pembukaan edisi ketujuh Forum Singapura-China mengenai Kepimpinan yang diadakan di bandar Yan'an, China pada Ahad (14 Apr).

Forum Singapura-China mengenai Kepimpinan dilancarkan 10 tahun lalu sebagai platform bagi para pemimpin politik dan pegawai kanan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.

Di pembukaan edisi ketujuhnya, DPM Teo berkata pemimpin kedua-dua negara perlu berfikir secara kreatif untuk melakar dasar-dasar dan program baru yang dapat memenuhi aspirasi rakyat sedang Singapura dan China memasuki fasa-fasa baru pembangunannya.

Satu contohnya, dalam bidang jagaan kesihatan kerana rakyat kini hidup lebih lama dan keperluan mereka berubah.

Singapura telah membina lebih banyak kemudahan dan menyediakan lebih banyak subsidi.

Namun DPM Teo berkata model yang lebih berkesan diperlukan bagi memperkasa rakyat untuk lebih menjaga kesihatan mereka.

Encik Teo menambah pemerintah Singapura mahukan idea dari rakyat kerana ia tidak mempunyai jawapan kepada semua perkara.

Ia juga sedang berusaha untuk membangunkan generasi seterusnya, menerusi inisiatif-inisiatif seperti SkillsFuture.

Di peringkat politik pula, sekumpulan pemimpin generasi keempat sedang diasah bakat mereka.

Memandangkan adalah penting untuk menjalin hubungan kukuh, DPM Teo berkata itulah sebabnya beliau membawa delegasi yang besar ke forum ini.

Dalam pada itu, Presiden Halimah Yacob akan melawat China lewat tahun ini atas undangan Presiden Xi Jinping. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita