DPM Teo: Kepercayaan, rasa hormat teras utama dalam isu dagangan
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, menggesa negara-negara jiran Asia supaya saling percaya-mempercayai dan menghormati dalam menangani isu-isu dagangan dan lainnya apabila para pemimpin tidak mencapai persetujuan.
TOKYO: Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, menggesa negara-negara jiran Asia supaya saling percaya-mempercayai dan menghormati dalam menangani isu-isu dagangan dan lainnya apabila para pemimpin tidak mencapai persetujuan.
Berucap di Persidangan Nikkei mengenai masa depan Asia di Tokyo, DPM Teo memberi amaran dunia sedang melalui perubahan dan jalan terbaik buat masa depan adalah melalui kerjasama berbilang pihak, sokongan bagi undang-undang antarabangsa sertai pertukaran antara rakyat dan kebudayaan.
Singapura katanya kekal komited terhadap dagangan berbilang pihak sebagai salah satu cara mewujudkan rantau Asia yang stabil.
Encik Teo menambah, perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), memberi isyarat kuat kepada masyarakat antarabangsa bahawa sistem dagangan berbilang pihak yang terbuka masih boleh berfungsi.
Beliau juga berkata China perlu bekerjasama dengan ASEAN sambil melahirkan rasa bimbang terhadap "kuasa yang ditunjukkannya" di Laut China Selatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.