DPM Teo adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg di bandar Kuching, pagi tadi (6 Sep).
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg di bandar Kuching, pagi tadi (6 Sep).
Dalam pertemuan itu, DPM Teo dan Abang Johari saling bertukar-tukar pendapat tentang usaha memperkukuhkan hubungan dua hala.
Pada sebelah petang pula, DPM Teo turut mengunjungi Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Abdul Taib Mahmud.
DPM Teo dan rombongannya juga dijadual melalukan lawatan ke beberapa tempat menarik di Kuching sebelum diraikan dalam satu jamuan malam.
Beliau sedang melakukan lawatan selama lima hari ke Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Rombongan dari Singapura itu dijangka pulang ke tanah air esok (7 Sep).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.