Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Lawrence Wong lakukan lawatan rasmi 5 hari ke Jepun; bakal berucap tentang masa depan Asia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong akan melakukan lawatan rasmi ke Tokyo, Jepun mulai 23 hingga 27 Mei 2023. 

Encik Wong akan berucap di Forum Nikkei pada 25 Mei tentang Masa Depan Asia yang ke 28 yang dianjurkan oleh Nikkei Inc. Tema forum tahun ini adalah memanfaatkan kuasa Asia bagi menghadapi cabaran-cabaran global.

Encik Wong akan bertemu Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan ramai lagi tokoh politik dan perniagaan Jepun. 

Selain itu, Encik Wong akan turut beramah mesra dengan warga Jepun yang sedang menetap di Jepun. 

Timbalan Perdana Menteri itu akan diiringi para pegawai daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB). 

Sumber : CNA/IQ/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan