DPM Lawrence Wong dilantik sebagai timbalan pengerusi lembaga pengarah GIC
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menjawab pertanyaan yang diajukan semasa sebuah sidang yang berlangsung di Tokyo pada 25 Mei 2023. (Gambar fail AFP/Kazuhiro Nogi)
Demikian menurut dana pelaburan Singapura itu pada Isnin (25 Sep).
Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Oktober ini.
Encik Wong telah menjadi pengarah GIC sejak 1 November 2018, dan juga berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Strategi Pelaburannya sejak 7 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan, GIC menjelaskan, Encik Wong akan membantu pengerusi GIC untuk memimpin lembaganya dalam menyelia peruntukan aset jangka panjang dan prestasi portfolio firma itu.
Pengerusi lembaga pengarah GIC ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Wong akan menggantikan Encik Tharman Shanmugaratnam, yang meletak jawatan pada Julai lalu, untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023.
Encik Tharman, yang berkhidmat sebagai timbalan pengerusi GIC dari 2019 hingga 2023, dilantik sebagai Presiden pada 1 September setelah meraih kemenangan besar pada pilihan raya tersebut.
Encik Wong juga menggantikan Encik Tharman sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) awal tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.