Skip to main content

Singapura

DPM Lawrence Wong bakal lakukan lawatan rasmi ke India

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Sep 2022 06:37PM Dikemas Kini : 16 Sep 2022 08:55PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan melakukan lawatan ke India dari Sabtu (17 Sep) hingga Rabu (21 Sep).

Lawatan selama lima hari itu merupakan lawatan rasmi pertama Encik Wong ke negara tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Encik Wong akan mengambil bahagian dalam rundingan Meja Bulat Menteri India-Singapura (ISMR) yang akan diadakan buat julung-julung kalinya di New Delhi pada Sabtu (17 Sep), menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (16 Sep).

ISMR merupakan platform menteri baru antara kedua-dua negara, yang bermatlamat untuk "mempertingkatkan kerjasama sedia ada dan mengenal pasti peluang kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang baru dan baru muncul".

Encik Wong, yang juga adalah Menteri Kewangan, akan menghadiri ISMR bersama dengan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong dan Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran.

Menurut PMO, Encik Wong juga akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin kanan dan tokoh-tokoh terkenal India.

Pada hari Ahad pula, Encik Wong dijadual akan melakukan lawatan ke Gujarat, di mana beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Bhupendrabhai Patel dan melawat Bandar Kewangan Antarabangsa Gujarat.

Encik Wong akan diiringi oleh para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita