Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Lawrence Wong akan hadiri mesyuarat G20 di Bali

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Lawrence Wong akan hadiri mesyuarat G20 di Bali

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong sewaktu sidang media pada 21 Jun 2022

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan menghadiri Mesyuarat Ketiga Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) G20 dari 14 Jul hingga 16 Jul di Bali.

Mesyuarat-mesyuarat tersebut akan merangkumi topik-topik seperti keadaan ekonomi global, kesediaan menghadapi pandemik, pencegahan dan tindak balas serta penubuhan kewangan dan prasarana yang mampan, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu (13 Jul).

Encik Wong, yang juga adalah Menteri Kewangan, akan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Inisiatif Asia yang dianjurkan oleh Forum Global mengenai Ketelusan dan Pertukaran Maklumat bagi Tujuan Cukai.

Forum tersebut adalah sebuah badan antarabangsa yang sedang berusaha untuk melaksanakan piawai antarabangsa mengenai ketelusan cukai.

Semasa lawatannya pada 14 Jul, DPM Wong juga akan menandatangani Perisytiharan Bali, menurut MOF.

Encik Wong juga akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang baru mengenai kerjasama antara Singapura dan Bank Pembangunan Asia (ADB), sekali gus mengemas kini perjanjian yang ditandatangani pada 2012, menurut MOF.

MOU itu akan menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan modal privet bagi membiayai pembinaan prasarana serta mencari pendekatan baru dan inovatif untuk menangani cabaran-cabaran seperti perubahan iklim dan peralihan tenaga di Asia.

Encik Wong akan diiringi oleh para pegawai dari MOF dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Encik Wong sebelum ini menghadiri Mesyuarat Kedua Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) yang diadakan di Amerika Syarikat pada April lalu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan