DPM Heng umum ruang masyarakat baharu dalam kemas kini Pelan East Coast
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: East Coast tidak lama lagi akan mendapat ruang masyarakat yang dipertingkatkan dengan kemudahan seperti taman permainan, zon kecergasan dan kawasan untuk haiwan peliharaan, umum Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Sabtu (25 Jan).
Dalam kemas kini Pelan East Coast, Encik Heng berkata ruang tersebut atau 'PlayHub', akan berada di lokasi berbeza di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) East Coast. PlayHub tersebut akan disambung dengan rangkaian laluan pejalan kaki di mana penduduk boleh berjalan atau berlari-lari anak.
Encik Heng memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC East Coast, di mana Pelan East Coast dilancarkan pada 2020.
Dalam kenyataan media pejabat kumpulan kawasan undi East Coast berasingan pada Sabtu, kerja-kerja pembinaan akan bermula pada separuh kedua 2025.

Projek itu akan merangkumi tiga PlayHub, terletak di Blok 84 di Fengshan, Blok 135 dan 138 di Kampong Chai Chee, serta Blok 6 dan 15 di Bedok.
Encik Heng juga mengiktiraf peranan penduduk terhadap beberapa inisiatif yang dilancarkan, dengan mengatakan: "Saya berterima kasih kepada penduduk kerana menyumbang untuk menjadikan kawasan ini lebih baik untuk semua peringkat umur."
Sebagai contoh, inisiatif Gd Lobangs @KCC di Kampong Chai Chee di mana peruncit dan pemilik perniagaan kecil menawarkan diskaun untuk membantu penduduk dari segi kewangan.
Bengkel celik digital di semua pusat masyarakat East Coast juga membantu warga emas menggunakan teknologi sepenuhnya, di mana mereka belajar cara menggunakan pembayaran tanpa tunai, media sosial dan cara mencegah penipuan.

Penduduk juga menyertai aktiviti membersihkan pantai di Taman East Coast dan Pantai Changi, yang akan diteruskan.
"Untuk menyokong semua aktiviti ini, kami sudah dan kami akan terus melabur dalam infrastruktur baharu dan lebih baik," tambah Encik Heng.
Dengan lebih seratus ribu flat yang dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak lima tahun lalu, Encik Heng berkata lebih banyak projek akan dilancarkan di East Coast di bawah Pelan Induk Bayshore.
Penduduk rasa teruja dengan pembangunan di Bayshore, serta kemudahan baharu berhampiran rumah mereka, kata Encik Heng.
"Projek-projek ini mengambil masa bertahun-tahun untuk merancang dengan teliti serta keyakinan yang teguh untuk membuahkan hasil," tambahnya.
"Lebih penting lagi, ia menunjukkan bahawa apabila kami berkata kami akan melakukan sesuatu, kami melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.