DPM Heng ucap tahniah kepada Fadillah Yusof atas pelantikan sebagai DPM M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Fadillah Yusof, atas pelantikannya dalam kabinet kerajaan baru-baru ini.
Encik Heng menyampaikan ucapan tahniah tersebut kepada Encik Fadillah Yusof selaku TPM merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, menerusi panggilan telefon.
Menurut Encik Heng menerusi laman Facebooknya, ia amat penting kerana Encik Fadillah ialah Timbalan Perdana Menteri pertama dari Malaysia Timur.
DPM Heng berkata kedua-dua mereka menegaskan semula pentingnya hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Selain itu, mereka berbincang tentang cara untuk meningkatkan lagi kerjasama, termasuk dengan Sabah dan Sarawak.
DPM Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, menambah bahawa banyak yang boleh dilakukan bersama antara Singapura dengan Malaysia dalam bidang seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan pertanian.
Beliau juga mendoakan semoga Encik Fadillah berjaya dalam tugas barunya.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/LL/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.