DPM Heng: Tiada pusingan sokongan baru diperkenalkan dalam Kenyataan Menteri
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, tiada langkah-langkah sokongan baru akan diperkenalkan di dalam Kenyataan Menteri yang akan disampaikan pada Isnin nanti (5 Okt).
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, tiada langkah-langkah sokongan baru akan diperkenalkan di dalam Kenyataan Menteri yang akan disampaikan pada Isnin nanti (5 Okt).
Sebaliknya, ucapannya itu akan memberikan konteks kepada Rang Undang-Undang Peruntukan Tambahan yang akan membincangkan peruntukan sumber bagi langkah sokongan yang diumumkan pada Ogos lalu untuk membantu perniagaan dan pekerja.
DPM Heng menjelaskan perkara itu selepas mendapat pertanyaan sama ada lebih banyak langkah sokongan boleh dijangkakan.
Beliau berkata pasukannya komited untuk membantu para pekerja dan perniagaan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan S$100 bilion di dalam empat Belanjawan untuk menangani kesan pandemik.
DPM Heng menambah pemerintah sedang bekerjasama dengan pemimpin kesatuan dan perniagaan untuk memahami isu-isu yang dihadapi para pencari kerja dan syarikat-syarikat.
Perbincangan sedemikian akan membantu untuk membangunkan idea-idea bagi Belanjawan seterusnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.