Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng Swee Keat tekankan pentingnya nilai pendidikan politeknik, sedang rentak inovasi semakin pantas

Lebih 5,400 pelajar Politeknik Singapura (SP) menerima diploma masing-masing hari ini (7 Mei), sedang SP meraikan ulang tahunnya yang ke-70 dalam bidang pendidikan.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng Swee Keat tekankan pentingnya nilai pendidikan politeknik, sedang rentak inovasi semakin pantas

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Lebih 5,400 pelajar Politeknik Singapura (SP) menerima diploma masing-masing hari ini (7 Mei), sedang SP meraikan ulang tahunnya yang ke-70 dalam bidang pendidikan.

Rangkaian alumninya kini adalah yang terbesar di antara semua politeknik di sini.

Ia juga merupakan majlis penyampaian sijil diploma yang ke-64 sejak SP ditubuhkan pada tahun 1954.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Kiat menyampaikan sijil diploma kepada para lulusan SP dan pingat kepada sembilan pelajar atas prestasi mereka yang cemerlang.

DPM Heng menekankan pentingnya nilai pendidikan politeknik,
terutama sekali dengan rentak inovasi yang semakin pantas.

Ini sedang teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik membentuk semula pekerjaan dan tempat kerja.

"Ini akan mendorong anda untuk merebut peluang baharu yang memerlukan para pekerja untuk menajamkan kemahiran atau menjalani latihan semula supaya terus kekal relevan.

"Dan jika kita tidak dilengkapi dengan kemahiran yang sewajarnya dan tidak bergerak dengan pantas, maka kita akan menanggung padahnya.

Itulah sebabnya mengapa di Singapura, kami memastikan terdapat pelbagai laluan untuk mencapai kemajuan dan peluang untuk semua," kata DPM Heng.

DPM Heng berkata inilah sebabnya sistem pendidikan
Singapura mesti terus menghasilkan graduan yang boleh memadankan kemahiran yang relevan dengan pasaran dan menjalani pendidikan berterusan untuk terus kekal relevan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan