Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng seru pemimpin niaga terus bina keupayaan, bersiap sedia tempuh perubahan jangka panjang

Membina keupayaan untuk menangani cabaran-cabaran sedia ada dan pada masa yang sama, bersiap sedia untuk menghadapi perubahan jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng seru pemimpin niaga terus bina keupayaan, bersiap sedia tempuh perubahan jangka panjang

DPM Heng Swee Keat di persidangan anjuran IBM hari ini (2 Jun). (Gambar: Heng Swee Keat/Facebook)

SINGAPURA: Membina keupayaan untuk menangani cabaran-cabaran sedia ada dan pada masa yang sama, bersiap sedia untuk menghadapi perubahan jangka panjang.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat kepada para pemimpin perniagaan semasa satu persidangan anjuran IBM hari ini (2 Jun).

Menurut DPM Heng, ia adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh negara-negara dan syarikat-syarikat agar dapat membuat penyesuaian dan berkembang maju.

Satu lagi ciri adalah keupayaan untuk mewujudkan nilai.

Encik Heng berkata: "Mewujudkan nilai bukan setakat melibatkan sebuah syarikat atau institusi penyelidikan menghasilkan ciptaan dan inovasi sendiri.

Nilai diwujudkan menerusi kerjasama dan kolaborasi.

Sedang dunia menjadi lebih rumit dan saling terhubung serta ilmu pengetahuan kian meningkat,

tiada satu pihak sahaja yang mempunyai kepakarannya untuk merealisasikannya."

DPM Heng menambah keupayaan dalam bidang kajian dan pengembangan (R&D) juga dapat membantu mewujudkan nilai.

Maka itu, Singapura akan melaburkan dana $25 bilion sepanjang tempoh lima tahun akan datang demi membantu syarikat-syarikat berinovasi.

Beliau berkata, kerjasama antara syarikat-syarikat seperti IBM dengan perniagaan-perniagaan dan sekolah-sekolah tempatan boleh membantu lebih ramai orang mempelajari kemahiran sesuai dalam bidang sains dan teknologi.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan