DPM Heng pemimpin Asia Pasifik pertama beri ucapan di Sidang Puncak Ekonomi WELT
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan menjadi pemimpin Asia Pasifik pertama untuk menyampaikan ucapan di Sidang Puncak Ekonomi WELT.
DPM Heng akan menyampaikan ucaptama di forum tersebut pada Isnin (27 Jan).
Beliau akan membuat lawatan kerja ke Berlin mulai hari ini (26 Jan) hingga 31 Januari, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad.
Sidang Puncak WELT, iaitu edisi ke-16 kali ini, adalah forum untuk pemerintah dan ketua perniagaan untuk membincangkan isu ekonomi dan politik utama.
Pemimpin lain yang akan hadir termasuk Canselor Jerman Olaf Scholz, presiden Parlimen Eropah Roberta Metsola dan setiausaha agung Kongres Kebebasan Dunia Leopoldo Lopez.
Semasa lawatannya, DPM Heng akan berjumpa pemimpin politik dan ekonomi kanan, serta wakil syarikat Jerman. Beliau juga akan berjumpa institut penyelidikan dan syarikat pemula.
Selain itu, beliau akan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina untuk rakyat Singapura di luar negara, yang dianjurkan Kedutaan Singapura di Berlin.
Lawatan DPM Heng menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Singapura dan Jerman.
"Ia juga berlaku selepas pelancaran Kerjasama Strategik Jerman-Singapura pada November 2024, di mana ia akan membuka jalan untuk kedua-dua pihak mendalami kerjasama, terutama dalam bidang baru muncul seperti AI dan kemampanan," tambah PMO.
DPM Heng akan diiringi pegawai daripada PMO. Kementerian Ehwal Luar (MFA), Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan
(A*STAR), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Enterprise Singapore.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.