Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng lancar pameran #futuretogether tampil harapan masa depan S'pura

Satu pameran seni di Taman di Persisiran dibuka kepada orang ramai pada Rabu (15 Jan) malam sebagai acara terakhir untuk memperingati Dwiabad Singapura yang diadakan sepanjang tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng lancar pameran #futuretogether tampil harapan masa depan S'pura

Encik Heng Swee Keat di pelancaran #futuretogether pada 15 Jan 20 (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 04:59PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 05:18PM

SINGAPURA: Satu pameran seni di Taman di Persisiran dibuka kepada orang ramai pada Rabu (15 Jan) malam sebagai acara terakhir untuk memperingati Dwiabad Singapura yang diadakan sepanjang tahun lalu.

Dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, pameran #futuretogether itu dibuka kepada orang ramai hingga 15 Mac ini.

#futuretogether memaparkan tujuh pameran seni pamasangan digital yang terletak di ruang dalam dan tertutup Bayfront Plaza di Taman di Persisiran. Ia hasil kerjasama Taman di Persisiran dengan GIC dan teamLab.

Pameran bertemakan nilai-nilai asas negara ini - Aspirasi, Keterhubungan dan Kemungkinan mengingatkan rakyat Singapura bagaimana mereka boleh sama-sama membentuk masa depan negara selepas tahun dwiabad melabuhkan tirainya.

'UKIR' MESEJ PADA POHON DIGITAL

Jika mengukir nama pada pokok mungkin satu adegan yang mungkin terdapat dalam novel dan drama cinta lama, warga Singapura pula kini berpeluang 'mengukir' mesej tentang harapan mereka buat pada sebuah pohon secara digital.

Message Pillar atau Tiang Mesej adalah salah satu arca digital yang didedahkan pada Rabu, di mana para pengunjung boleh menulis mesej-mesej mereka secara digital menggunakan aplikasi telefon bijak dan melihat semua mesej yang terkumpul daripada pengunjung lain.

(Gambar: teamLab)

(Gambar: teamLab)

Selain itu, empat pameran baru dalam bangunan juga dibuka kepada orang ramai: Animals of Flowers, Symbiotic Lives; Flowers Bloom in an Infinite Universe inside a Teacup; Reversible Rotation – Black in White; dan Continuous Life and Death at the Now of Eternity II.

Kesemua pameran itu boleh dinikmati para pengunjung di samping dua lagi pameran sedia ada yang sudah mula dikunjungi orang ramai sejak pelancaran tidak rasmi #futuretogether Disember lalu.

Penduduk Singapura tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menikmati pameran tersebut, tetapi mereka perlu menempah tiket secara online.

Bagi pameran 'Flowers Bloom in an Infinite Univers inside a Teacup' pula penduduk dikenakan bayaran S$3.

Hasil penjualan tiket disalurkan kepada program mendekati masyarakat Gift of Gardens Taman di Persisiran.

Tiket boleh ditempah di laman web www.gardentsbythebay.com.sg. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan