DPM Heng lakukan lawatan kerja 5 hari ke Korea Selatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan melakukan lawatan kerja lima hari ke Korea Selatan mulai Ahad (17 Nov).
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan lawatannya meneruskan momentum positif pertukaran peringkat tinggi antara kedua-dua negara, menjelang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.
Di Korea Selatan, DPM Heng akan meneroka cara untuk mengukuhkan kerjasama dua hala, serta menukar pendapat tentang isu-isu serantau dan antarabangsa.
Selain itu, beliau akan bertemu pemimpin kanan politik dan perniagaan, serta institusi pendidikan dan penyelidikan terkemuka.
DPM Heng juga akan berjumpa dengan warga Singapura berpangkalan di Korea Selatan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.