DPM Heng hadiri sambutan ulang tahun Sultan Hassanal Bolkiah sempena 40 tahun hubungan SG-Brunei
Anggaran Waktu Membaca:
BRUNEI: Rakyat Brunei menyambut ulang tahun kelahiran Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78 pada Isnin (15 Jul).
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menghadiri acara sambutan penuh istiadat di Istana Nurul Iman siang tadi.
Ia juga sebagai sebahagian daripada kunjungan beliau ke Brunei sempena genap 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Dalam catatannya di Facebook, DPM Heng berkata, beliau berbesar hati kerana mewakili Pemerintah Singapura untuk sambutan tersebut.
Beliau turut berharap agar Sultan Hassanal Bolkiah kekal sihat, sentiasa bahagia serta terus meraih kejayaan.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.