DPM Heng gesa WP 'telus' sama ada akan terima kerusi NCMP
Timbalan Perdana Menteri yang juga Penolong Setiausaha Agung pertama PAP Heng Swee Keat menggesa rakyat Singapura supaya tidak terpedaya dengan dakwaan Parti pekerja (WP) dan ketuanya Pritam Singh tentang kelemahan skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Penolong Setiausaha Agung pertama PAP Heng Swee Keat menggesa rakyat Singapura supaya tidak terpedaya dengan dakwaan Parti pekerja (WP) dan ketuanya Pritam Singh tentang kelemahan skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).
Encik Heng berkata pada Ahad (5 Jul) bahawa dakwaan itu adalah sebahagian daripada strategi pilihan raya WP
sambil menambah PAP tidak cuba untuk menutup peluang kehadiran ahli pembangkang dalam parlimen.
"Saya menggesa para pengundi untuk bertanya pada diri sendiri - jika benar WP menentang sistem NCMP atas dasar prinsip, mengapa mereka menerima tawaran untuk mengisi kerusi-kerusi NCMP selama ini? Adakah WP takut ia pupus atau motif sebenar WP adalah untuk berkembang, menang lebih banyak kerusi di Parlimen? Sekarang WP perlu menjawab dua soalan," kata Encik Heng.
"Pertama, adakah WP bersetuju bahawa dengan adanya skim NCMP, kehadiran pembangkang tetap ada?
Kedua, jika ditawarkan kerusi NCMP, adakah calon-calon WP akan menerimanya?," soal DPM lagi.
Encik Heng berkata WP selama ini mengambil kesempatan ke atas skim tersebut.
Sejak skim itu dimulakan dalam tahun 1984, kesemua kerusi NCMP diisi oleh anggota-anggota WP kecuali Encik Steve Chia dan Cik Lina Chiam.
Encik Heng juga menekankan bahawa para anggota NCMP kini punya kuasa undi sepenuhnya dalam Parlimen seperti yang diberikan kepada para AP yang dipilih rakyat.
Encik Heng juga menyangkal kenyataan ketua WP Encik Pritam Singh bahawa sekiranya pembangkang menang sepertiga daripada jumlah kerusi parlimen, PAP masih mempunyai mandat kuat dari rakyat.
Menurut Encik Heng mempersoalkan apa yang akan difikirkan para pelabur dan negara-negara lain jika PAP tidak mendapat mandat yang kuat.
Encik Heng meminta para pengundi untuk memberi PAP mandat yang kuat agar parti itu dan rakyat Singapura boleh bangkit lebih kuat daripada krisis yang dicetuskan oleh COVID-19.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.