Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng gesa saintis muda sahut cabaran global

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng gesa saintis muda sahut cabaran global

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berucap di perasmian Sidang Puncak Saintis Muda Sedunia pada Selasa (17 Jan). (Gambar: Pejabat Perdana Menteri (PMO))

Diterbitkan : 17 Jan 2023 07:26PM Dikemas Kini : 17 Jan 2023 09:00PM
SINGAPURA: Kerjasama masyarakat saintis sedunia sangat diperlukan bagi menangani cabaran seperti perubahan iklim dan penduduk yang semakin menua.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa golongan tersebut untuk bersama meningkatkan pengetahuan sains.

DPM Heng berkata demikian semasa berucap di perasmian Sidang Puncak Saintis Muda Sedunia pada Selasa (17 Jan).

DPM Heng berkata: "Dalam sekitaran sedemikian, sains dan masyarakat saintis dapat bertindak sebagai pengimbang, dengan menawarkan objektiviti dan bukti tegas dalam dunia di mana pelbagai wacana mungkin dikaburi politik dan perselisihan. Caranya, dengan mengekalkan kolaborasi dan kerjasama bagi meningkatkan pengetahuan sains, tanpa menghiraukan pasang-surut hubungan antarabangsa."

Di samping itu, beliau turut menarik perhatian bahawa langkah menggabungkan minda-minda terbaik untuk mengkaji dan mencipta huraian kepada pelbagai cabaran yang menjejas orang ramai, tidak kira kewarganegaraan atau pendirian politik, juga dapat mencapai sasaran masyarakat saintis sedunia.

Lebih 350 saintis hadir di acara tersebut, sedang lagi 1,400 pula ikut serta secara maya bagi persidangan selama empat hari tersebut.

Para pemenang Hadiah Nobel dan saintis-saintis terkemuka turut hadir sebagai penceramah, termasuk David MacMillan, yang memenangi Hadiah Nobel untuk Kimia pada 2021.

Mereka berkongsi pandangan bagi topik-topik seperti genom manusia dan komputer berkuasa tinggi.
 
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan