Skip to main content

Singapura

DPM Heng gesa peniaga kawasan kejiranan teroka cara baharu kekal berdaya saing

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng gesa peniaga kawasan kejiranan teroka cara baharu kekal berdaya saing
Diterbitkan : 12 Dec 2024 09:54PM Dikemas Kini : 12 Dec 2024 09:55PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata perniagaan-perniagaan di kawasan kejiranan seharusnya memanfaatkan peralatan digital dan mendakapi cara baharu untuk beroperasi demi kekal berdaya saing.

Beliau berucap di satu majlis anugerah bagi mengiktiraf perniagaan di kawasan kejiranan yang menonjolkan daya inovasi dan keusahawanan.

42 anugerah disampaikan kepada 31 firma tahun ini.

Kategori-kategori anugerah menekankan pencapaian firma-firma itu dalam khidmat pelanggan, kecemerlangan digital dan sumbangan kepada warisan.

Encik Heng berkata peralihan pada tabiat pengguna dan persaingan e-niaga menjadikannya lebih mencabar untuk mengekalkan para pelanggan.

"Perniagaan di Singapura, termasuk perniagaan di kawasan kejiranan, mesti juga berdepan dengan cabaran-cabaran tenaga kerja yang semakin menua.

"Maka itu, saya menggalak semua perniagaan di kawasan kejiranan untuk terus berinovasi serta sentiasa ada minda yang terbuka dengan semangat keusahawanan bagi memacu perniagaan anda," jelasnya.

Encik Heng menambah: "Ini akan membantu anda mencipta produk-produk dan khidmat baharu yang akan membantu anda menyerlah dalam persaingan. Ia juga akan membantu anda mencari cara-cara dan model baharu yang lebih berdaya hasil lagi cekap."
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita