Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng gesa negara-negara lain pertingkat, ubah struktur ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 May 2025 05:28PM Dikemas Kini : 09 May 2025 10:36PM
ST. GALLEN, Switzerland: Mantan Timbalan Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat berkata negara-negara perlu meningkatkan dan membuat perubahan struktur dalam ekonomi mereka sendiri.

Ini terutamanya ketika Amerika Syarikat mengutamakan negaranya sendiri.

Berucap dalam satu dialog di Switzerland, Encik Heng menekankan perlunya untuk membina kelebihan daya saing yang baharu untuk mengekalkan hubungan antara negara-negara lain.

Mantan DPM Heng berkata: "Apabila Amerika Syarikat mengundurkan diri daripada peranan kepimpinan global, ini bermakna seluruh dunia - kita semua - mesti tampil ke hadapan.

"Amerika Syarikat menyumbang kira-kira 20 peratus daripada perdagangan global atau kurang, dan 80 peratus selebihnya daripada dunia mesti bersatu untuk membina semula suatu aturan dunia yang baharu, set rantaian bekalan yang baharu, untuk memastikan ketahanan, untuk memastikan bahawa pembahagian kerja yang sudah membawa begitu banyak manfaat di seluruh dunia, dapat dikekalkan."

Encik Heng juga menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan Asia untuk bekerjasama dengan lebih rapat antara satu sama lain.

Ini, khususnya, mereka harus bekerjasama dalam bidang pertumbuhan baharu seperti teknologi hijau dan penggunaan kecerdasan buatan secara bertanggungjawab.
Sumber : CNA/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan