Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng gesa kendurkan ketegangan geopolitik

Di tengah-tengah ketegangan di Selat Taiwan, Laut China Selatan dan Semenanjung Korea DPM Heng Swee Keat berkata perlu ada kestabilan bagi membolehkan Asia mengembangkan potensi pertumbuhannya.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng gesa  kendurkan ketegangan geopolitik

DPM Heng Swee Keat di Sidang Puncak ke-7 Jalur Ekonomi Laluan Sutera. (Gambar: MCI/Liu Ying)

Diterbitkan : 31 Aug 2022 07:20PM Dikemas Kini : 31 Aug 2022 08:01PM
HONG KONG: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa semua pihak yang terlibat dalam ketegangan geopolitik sekarang agar "bertenang dan mengambil langkah ke belakang untuk meredakan keadaannya".

Beliau berkata demikian semasa Sidang Puncak ke-7 Jalur Ekonomi Laluan Sutera di Hong Kong hari ini (31 Ogos),

DPM Heng berkata ketegangan di Selat Taiwan, Laut China Selatan dan Semenanjung Korea menjadikan keamanan lebih rapuh.

Beliau berkata, perlu ada kestabilan bagi membolehkan Asia mengembangkan potensi pertumbuhannya.

DPM Heng berkata: "Tiada sesiapa yang mahukan perang berlaku. Namun dengan persaingan strategik yang semakin hebat tanpa sebarang keyakinan, ketegangan atau salah faham yang berlaku seterusnya boleh menjejas kedamaian."

Gesaan DPM Heng itu mengulangi seruan para menteri negara-negara ASEAN supaya mengekalkan kerjasama dan kestabilan.

Ia dilihat sebagai sesuatu yang amat penting jika rantau ini mahu meraih manfaat daripada peluang-peluang yang wujud menerusi pembangunan prasarana.

"Kita mesti mengelak daripada masa depan yang tidak menentu seperti ini. Ia memerlukan kita untuk mengambil langkah ke belakang.

"Semua pihak boleh meredakan ketegangan. Ini bermakna memastikan rantau ini sentiasa terbuka dan inklusif, mengekalkan saluran bagi dialog membina dan mengenal pasti asas bersama bagi menjalinkan kerjasama," tegas beliau.

Sidang Puncak Jalur Ekonomi Laluan Sutera itu menghimpunkan para penggubal undang-undang, pelabur dan usahawan untuk membincangkan serta meneroka peluang pelaburan dalam projek prasarana utama China itu.

Projek tersebut bertujuan memacu perdagangan di merata Asia, Eropah dan Timur Tengah.

DPM Heng selanjutnya berkata pertumbuhan di rantau itu perlu dipacu oleh kerjasama dan perkongsian.

Projek-projeknya pula mestilah dapat kekal dalam jangka panjang dan bersifat mesra alam.

DPM Heng juga berkata keterhubungan dalam kalangan rakan-rakan yang sehaluan boleh merapatkan lagi ikatan di rantau ini dan dunia.

Timbalan Perdana Menteri itu mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif baru Hong Kong John Lee sebelum sidang puncak tersebut.

Kedua-dua pemimpin komited untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti daya tahan ekonomi, kesihatan awam dan sumbangan kepada pertumbuhan serantau.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan