Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng gesa China dan ASEAN tingkatkan kerjasama yang terjalin sepanjang 30 tahun

ASEAN dan China perlu meneruskan kerjasama rapat untuk meluaskan dan meningkatkan kerjasama yang terjalin sepanjang tiga dekad.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2021 03:48PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 09:04PM

NANNING: ASEAN dan China perlu meneruskan kerjasama rapat untuk meluaskan dan meningkatkan kerjasama yang terjalin sepanjang tiga dekad.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata hubungan antara kedua-dua negara telah bertambah kukuh sejak hubungan dialog rasmi dimulakan 30 tahun lalu.

Semasa berucap secara maya di perasmian Expo China-ASEAN ke-18, di Nanning, China, DPM Heng berkata ASEAN dan China boleh meneroka kerjasama bagi Koridor Perdagangan Darat dan Laut Antarabangsa yang Baru di bawah Inisiatif Ketersambungan Chongqing.

Hubungan yang dipermudahkan antara Barat China dengan Asia Tenggara, kata DPM Heng,
akan mengurangkan masa dan kos bagi pengangkutan barangan serta khidmat antara kedua-dua rantau yang berkembang pesat.

China dan ASEAN merupakan rakan dagang terbesar antara satu sama lain.

Perdagangan antara kedua-dua pihak berkembang tahun lalu meskipun di tengah-tengah pandemik dan kini berjumlah lebih $500 bilion.

"Kita perlu bekerjasama untuk meningkatkan Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN-China untuk mengurangkan lagi langkah-langkah bukan tarif dan menangani keutamaan baru sejajar dengan perjalanan masa,"kata Encik Heng.

"Kerjasama digital akan menjadi teras utama. Dengan memanfaatkan wadah-wadah sedia ada seperti Rangkaian Bandar Bijak ASEAN, kita boleh mencatat kemajuan lebih pantas,"ujarnya. 

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan