Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng diuji positif COVID-19 ketika di Berlin

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2022 06:41PM Dikemas Kini : 19 Jun 2022 09:45PM
SINGAPURA:Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat sedang mengasingkan diri di Berlin selepas diuji positif COVID-19 di bandar Jerman itu.

Beliau tidak akan meneruskan lawatan kerjanya ke Jerman dan Switzerland.

Menulis di Facebook pada Ahad (19 Jun), DPM Heng berkata beliau mengalami sakit tekak tetapi tidak begitu serius.

Beliau sepatutnya bersama-sama membuka dan berucap di Forum Point Zero yang pertama kali diadakan.

Forum tiga hari itu anjuran bersama Singapura dan Switzerland.

Encik Heng meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam kunjungannya itu termasuk penganjur forum tersebut.
Sumber : CNA/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan