Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng dapat suntikan pertama vaksin COVID-19

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menerima dos pertama vaksin Pfizer-BionTech pada Rabu (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Heng dapat suntikan pertama vaksin COVID-19

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menerima dos pertama vaksin Pfizer-BionTech. (Gambar: MCI/L H Goh)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 09:16PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 09:19PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menerima dos pertama vaksin Pfizer-BionTech pada Rabu (20 Jan).

Dalam satu catatan Facebook, Encik Heng yang berusia 59 tahun berkata bahawa sebelum prosedur, beliau menjalani konsultasi dengan pengarah klinik di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Dr Shawn Vasoo.

"Sebelum disuntik vaksin itu, saya berjumpa dengan Dr Shawn Vasoo untuk meneliti borang soal selidik.

"Vaksin itu adalah selamat dan berkesan, termasuk bagi bekas pesakit angin ahmar seperti saya," kata Encik Heng, yang juga menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Anggota Parlimen GRC East Coast.

Encik Heng pengsan semasa mesyuarat Kabinet pada 2016 dan dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng, di mana beliau didapati mengalami angin ahmar.

"Semasa Perbincangan East Coast bersama para penduduk mengenai Fasa 3 pada Ahad, suntikan vaksin merupakan antara topik yang hangat dibincangkan," kata Encik Heng.

"Kami melaksanakan strategi pemvaksinan negara secara bertahap-tahap dalam minggu dan bulan mendatang.

"Saya amat menggalakkan anda untuk menerima suntikan vaksin itu apabila ia ditawarkan kepada anda. Ia bukan sahaja akan melindungi anda, tetapi juga orang tersayang anda dan masyarakat kami."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan