DPM Heng bincang kerjasama kemampanan, AI dan teknologi angkasa lepas dengan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menegaskan lagi hubungan yang erat dan kukuh antara Singapura dan Jepun.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MDDI)
TOKYO: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menegaskan lagi hubungan yang erat dan kukuh antara Singapura dan Jepun.
DPM Heng mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hayashi Yoshimaya di Tokyo sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Jepun.
Kedua-dua pemimpin membincangkan cara-cara untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang seperti kemampanan, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi angkasa lepas.
Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai usaha menangani cabaran-cabaran
yang terkait dengan penduduk yang semakin menua.
DPM Heng dan Encik Yoshimaya saling mengalu-alukan peluang untuk memperingati ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Singapura-Jepun pada 2026.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.