Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng bertemu Naib PM China di Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Nov 2022 07:17PM Dikemas Kini : 01 Nov 2022 08:31PM
SINGAPURA: Naib Perdana Menteri China, Han Zheng, kini berada di Singapura.

Beliau akan mempengerusikan secara bersama forum tahunan Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala ke-18 (JCBC) bersama Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Kedua-dua pemimpin bertemu siang tadi dan ini merupakan mesyuarat JCBC secara bersemuka yang pertama sejak pandemik COVID-19 melanda.

Dalam ucapan pembukaannya, DPM Heng mengucapkan terima kasih kepada Encik Han kerana memilih Singapura sebagai destinasi bagi perjalanan luar negara pertamanya sejak pandemik melanda.

Ini menunjukkan pentingnya perkongsian dua hala antara Singapura dan China, kata DPM Heng.

Beliau juga menarik perhatian tentang hubungan antara kedua-dua negara yang bertambah erat meskipun di tengah-tengah pandemik.

Kedua-dua pihak kata Encik Heng sedang bekerjasama dalam bidang-bidang baru seperti ekonomi hijau, pendigitalan dan keterhubungan.

"Meskipun terdapat kesukaran perjalanan, JCBC yang diadakan secara bersemuka tahun ini meningkatkan semangat dalam hubungan kami. Lawatan Naib Perdana Menteri Han merupakan detik penting dalam usaha menyambung semula urusan secara bersemuka," kata Encik Heng.

"Untuk memudahkannya, kami mengharapkan pemulihan penerbangan secara bertahap-tahap dan selamat antara kedua-dua negara ke tahap sebelum COVID apabila China bersedia," tambahnya.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan