DPM Heng bakal sampaikan kenyataan menteri berhubung langkah sokongan tambahan tangani COVID-19
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, akan menyampaikan satu kenyataan menteri pada Khamis (26 Mac) mengenai langkah-langkah sokongan tambahan Pemerintah buat para pekerja, perniagaan dan keluarga bagi menangani pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, akan menyampaikan satu kenyataan menteri pada Khamis (26 Mac) mengenai langkah-langkah sokongan tambahan Pemerintah buat para pekerja, perniagaan dan keluarga bagi menangani pandemik COVID-19.
Kenyataan menteri itu akan disampaikan pada petang Khamis di Parlimen, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Kenyataan tersebut akan diterbitkan secara penuh di laman web Belanjawan Singapura selepas Encik Heng selesai menyampaikannya. Kenyataan beliau itu juga boleh diikuti secara langsung di televisyen dan radio.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.