Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Heng akan bertemu pemimpin kanan China dalam lawatan kerja 6 hari

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan bertemu dengan pemimpin kanan China dalam lawatannya ke negara tersebut, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad (7 Apr).

Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, akan ke Beijing, Shenzhen dan Hong Kong dari 7 hingga 12 April.

Lawatannya akan menumpukan kepada "momentum positif pertukaran peringkat tinggi antara Singapura dengan China", tambah PMO.

Ia juga merupakan "peluang terbaik untuk kedua-dua negara meneroka cara mengukuhkan kerjasama dua hala, serta pertukaran pendapat mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa".

Encik Heng pernah bertemu diplomat kanan China Liu Jianchao semasa lawatannya ke Singapura, semasa ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China itu bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Sepanjang lawatan enam harinya, Encik Heng juga akan bertemu syarikat dan institut penyelidikan, serta berinteraksi dengan individu dalam pelbagai sektor.

Beliau akan ditemani para pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA), Yayasan Penyelidikan Nasional, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Pejabat Perdana Menteri.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan