Skip to main content

Singapura

DPM Gan seru masyarakat perkukuh ikatan keluarga, pupuk nilai murni dalam generasi seterusnya

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Gan seru masyarakat perkukuh ikatan keluarga, pupuk nilai murni dalam generasi seterusnya

DPM Gan di acara kemasyarakatan PA Family PLAYGround di Punggol sempena sambutan SG60 pada Sabtu, 5 Julai 2025. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menyeru keluarga-keluarga di sini supaya mengukuhkan ikatan serta memupuk nilai seperti saling ambil berat dan menghargai satu sama lain ke dalam diri generasi seterusnya.

DPM Gan berkata demikian semasa hadir di acara kemasyarakatan PA Family PLAYGround di Punggol sempena sambutan SG60 pada Sabtu (5 Jul).

Beliau turut berkata Singapura sudah berjaya melangkah jauh atas berkat usaha seluruh rakyatnya.

"Kukuhkan silaturahim keluarga, tapi pada masa yang sama, sediakan program yang menyeluruh untuk anak-anak kita, meluangkan masa bermain bersama dan belajar bersama-sama keluarga selain mengambil berat terhadap satu sama lain.

"Dengan cara ini, kami berharap anak-anak kami akan dapat membesar dengan sikap sedemikian dan tahun tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan keluarga," kata DPM Gan.

Acara tersebut merupakan pameran fizikal terakhir 'PA Family PLAYGround', selepas menjelajah ke kawasan seperti Nee Soon pada Jun lalu.

Namun, orang ramai masih boleh mengakses versi mayanya untuk meneroka program-program lain yang tersedia.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita