DPM Gan kunjungi pelaburan utama SG di Mumbai semasa hari pertama lawatan kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Gan Kim Yong memulakan lawatan kerja ke Mumbai pada Selasa (12 Ogos).
Pada hari pertama, beliau mengunjungi pelabuhan dan pusat data yang merupakan pelaburan Singapura.
DPM Gan mengunjungi terminal kontena PSA, yang kini merupakan kemudahan kontena tunggal yang terbesar di India.
Beliau juga menyampaikan ucapan di Dialog Pemimpin Minggu Maritim India, selain menyaksikan pemeteraian perjanjian oleh syarikat Mapletree untuk membangunkan taman-taman perindustrian serta pusat-pusat data di merata wilayah Maharashtra.
Semasa di kota Navi, Mumbai, DPM Gan turut melancarkan pusat data CapitaLand Investment, di mana pengurus aset global itu juga turut memeterai satu perjanjian pelaburan.
Menurut pihak MTI, pelbagai pelaburan itu menggariskan keyakinan Singapura terhadap pertumbuhan ekonomi India dalam jangka panjang.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.