Skip to main content

Singapura

DPM Gan Kim Yong akan beri ucapan di Forum Nikkei di Tokyo

Anggaran Waktu Membaca:
 DPM Gan Kim Yong akan beri ucapan di Forum Nikkei di Tokyo

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo minggu ini.

Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (22 Mei).

Semasa lawatannya, yang berlangsung dari 22 hingga 25 Mei, Encik Gan akan memberi ucapan di Forum Nikkei berhubung Masa Depan Asia, dianjurkan Nikkei.

Tema forum tersebut adalah Kepimpinan Asia dalam Dunia Tidak Menentu.

Nikkei sudah menganjurkan forum itu setiap tahun sejak 1995, dan dianggap sebagai salah satu persidangan terpenting di Asia.

Encik Gan, yang bakal turut mengadakan mesyuarat bersama anggota politik dan ketua perniagaan Jepun, akan ditemani pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Ia adalah lawatan pertama Encik Gan ke luar negara sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri minggu lalu.

Encik Gan, 65 tahun, juga dilantik sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan bertanggungjawab bagi Kumpulan Strategi di dalam Pejabat Perdana Menteri.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita