DPM Gan gesa syarikat Amerika jadikan SG sebagai pangkalan di tengah cabaran ketegangan geopolitik global
Anggaran Waktu Membaca:

Pejabat Dewan Perniagaan Amerika.
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menggesa syarikat-syarikat Amerika Syarikat supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang-peluang di Asia Tenggara, dengan menjadikan Singapura sebagai pangkalan.
Syarikat-syarikat tempatan pula boleh memainkan peranan mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dengan syarikat-syarikat Amerika.
Ini di tengah-tengah cabaran ketegangan geopolitik global dan meningkatnya dasar perlindungan ekonomi.
DPM Gan berkata demikian di acara pembukaan pejabat Dewan Perniagaan Amerika yang diperluaskan.
"Ketegangan dan konflik geopolitik, perubahan iklim dan perkembangan teknologi menekankan peri pentingnya rantaian bekalan yang berdaya tahan.
"Syarikat tempatan dan SME ada berperanan dalam membantu anda membina rantaian bekalan yang lebih kukuh untuk perniagaan anda di rantau ini.
"Mereka kemudian juga boleh menyokong anda bila operasi anda berkembang ke peringkat global," kata Encik Gan.
DPM Gan juga menekankan komitmen Singapura untuk menjadi hab perniagaan antarabangsa yang boleh dipercayai.
Beliau menyorot peluang-peluang bagi syarikat-syarikat Amerika untuk bekerjasama dengan firma tempatan, terutamanya bagi inovasi.
Encik Gan turut menggalakkan para peniaga untuk merebut kesempatan daripada skim-skim pemerintah bagi memperkukuh rantaian bekalan serta menyokong SME tempatan.
Beliau juga menyorot peraturan undang-undang tempatan yang kukuh, selain menegaskan bahawa Singapura tidak membenarkan perniagaan untuk memintas kawalan eksport.
Menggulung ucapan, DPM Gan mengesahkan peranan Singapura sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai, inovatif dan cekap untuk pertumbuhan global.
Duta di Kedutaaan Amerika Syarikat di SG, Casey Mace, berkata: "Saya beri anda jaminan bahawa Amerika Syarikat tetap komited untuk mengembangkan perdagangan dan meningkatkan kemakmuran.
"Namun menjadi tanggungjawab semua negara untuk memastikan bahawa terdapat peluang ekonomi yang sama rata dan juga syarat-syarat perjanjian ekonomi dipatuhi."

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.