DPM Gan gesa SNEF bantu syarikat SG harungi 'era baharu'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menggesa Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) supaya membantu syarikat-syarikat mengemudi "era baharu".
Beliau berkata ciri era tersebut ditandai dengan keadaan tidak menentu, kemajuan teknologi dan dinamik tenaga kerja yang deras berubah.
Model tiga pihak atau tripartisme Singapura, tambah beliau, adalah kelebihan daya saing paling penting negara.
"Jika kita terus bertindak dengan sepadu dan bertujuan - pemerintah, majikan dan pekerja bekerjasama secara satu, Singapura akan kekal sebagai tempat yang boleh dipercayai perusahaan serta sebuah masyarakat dengan peluang untuk semua," kata Encik Gan.
Semasa berucap di majlis sempena sambutan ulang tahun ke-45 SNEF,
DPM Gan juga menggesa para majikan supaya memanfaatkan pandangan sektor untuk mengubah trend global menjadi rancangan praktikal.
Mereka juga seharusnya mempercepatkan reka bentuk semula pekerjaan, memanfaatkan teknologi dan mencipta laluan kerjaya yang inklusif.
Oleh itu, SNEF turut melancarkan sebuah hab sumber online bagi membantu para majikan - antaranya, dengan menyediakan kajian kes serta bantuan mengenai geran dan program pemerintah.
Selain itu, satu panel penasihat penyelidikan baharu akan menyediakan panduan berasaskan data, serta meneliti isu-isu seperti trend tenaga kerja masa hadapan.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.