Skip to main content

Singapura

DPM Gan dan para pemimpin China sahkan hubungan dua hala yang kukuh

Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong dan para pemimpin China mengesahkan lagi hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara yang berasaskan sikap saling menghormati dan persamaan.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Gan dan para pemimpin China sahkan hubungan dua hala yang kukuh

Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong bertemu Naib Presiden China Han Zheng di Beijing pada 4 September 2025. (Gambar: MDDI)

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong dan para pemimpin China mengesahkan lagi hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara yang berasaskan sikap saling menghormati dan persamaan.

Pertemuan Encik Gan dengan para pemimpin utama China berhubung perdagangan, melengkapi lawatan beliau selama lima hari ke China, dari 31 Ogos hingga 4 September.

Beliau antara lain bertemu dengan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, yang terkenal sebagai perunding yang tegas, yang kini memimpin rundingan dagangan antara Beijing dengan Washington.

Sejak perang dagang Amerika-China timbul, negara Asia Tenggara seperti Singapura yang banyak berdagang dengan China turut terjejas.

Encik Gan bagaimanapun berkata, meskipun ekonomi China kini berdepan cabaran, Singapura yakin masih terdapat potensi besar di masa akan datang.

Menurut Encik Gan, bagi jangka panjang, China terus menjadi negara yang menarik bagi pelaburan Singapura.

Kedua-dua pemimpin antara lain membincangkan kemajuan yang dicapai projek-projek dua hala seperti Suzhou, Tianjin dan Chongqing, selain kerjasama dalam pasaran modal.

Encik Gan menekankan bahawa banyak syarikat Singapura terus berminat untuk melabur di China, sementara firma-firma China pula mahu memanfaatkan Singapura sebagai gerbang ke Asia Tenggara.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita