Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Downtown East tetap ‘pilihan berbaloi’ selepas jalani kerja naik taraf S$200 juta

Downtown East yang baru sahaja dinaik taraf akan kekal sebagai pilihan yang dimampui para pelanggannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Downtown East tetap ‘pilihan berbaloi’ selepas jalani kerja naik taraf S$200 juta

Ketua pegawai eksekutif NTUC Club Lim Eng Lee. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 03 Nov 2018 08:05AM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 08:08AM

SINGAPURA: Downtown East yang baru sahaja dinaik taraf akan kekal sebagai pilihan yang dimampui para pelanggannya. Ini meskipun S$200 juta sudah dibelanjakan untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf bagi kemudahan-kemudahannya di pusat peranginan Pasir Ris itu.

Demikian menurut ketua pegawai eksekutif NTUC Club Lim Eng Lee semalam (2 Nov).

NTUC Club, cabang hiburan dan riadah NTUC, mengendalikan Downtown East yang akan meraikan tamat tempoh kerja naik taraf yang mengambil masa lima tahun pada bulan ini.

Kerja-kerja naik taraf bagi pusat peranginan itu bermula pada 2012 dan dijalankan melalui 2 fasa. Taman bertema Wild Wild Wet kini seganda lebih besar berbanding saiz sebelumnya dan sebuah resort baru juga sudah dibina selain menawarkan beberapa kedai makan baru.

Pas Sehari bagi orang dewasa (13 tahun dan ke atas) di Wild Wild Wet berharga S$24 di luar waktu sibuk, manakala semasa waktu sibuk, ia berharga S$32. Para anggota NTUC akan turut menerima baucar Wild Wild Wet bernilai S$4.

Sebelum kerja naik taraf dijalankan, harga pas sehari bagi orang dewasa adalah S$19.

Kemudahan-kemudahan di Downtown East tetap dibuka sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan