Skip to main content

Singapura

Downtown East, Eastpoint Mall antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Beberapa pusat beli-belah serta kedai makanan dan minuman disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (15 Jan) sebagai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Downtown East, Eastpoint Mall antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar-gambar: Facebook)

Diterbitkan : 16 Jan 2021 07:58AM Dikemas Kini : 16 Jan 2021 08:03AM

SINGAPURA: Beberapa pusat beli-belah serta kedai makanan dan minuman disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (15 Jan) sebagai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Beberapa kedai di Downtown East di Pasir Ris adalah antara tempat-tempat baru yang disenaraikan, termasuk Market Square, cawanganFairPrice dan restoran Yam's Kitchen di E! Hub @ Downtown East.

Juga ditambah ke dalam senarai itu adalah pusat refleksologi dan cawangan FairPrice di Eastpoint Mall di Simei, cawangan Kaffe & Toast di SingPost Center, Toast Box di Raffles City dan dua restoran di Tampines 1.

Senarai lengkap tempat-tempat adalah seperti berikut:

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

MOH menyatakan ia sudah memaklumkan mereka yang dikenalpasti berhubung rapat dengan kes-kes yang disahkan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang mengunjungi tempat-tempat tersebut pada waktu yang dinyatakan perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh mereka mengunjungi tempat-tempat itu.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan hilang deria rasa dan bau dan maklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada jangkitan," menurut MOH.

Orang ramai bagaimanapun tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang pernah dikunjungi kes-kes positif COVID-19, tambah kementerian tersebut.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan bekerjasama dengan pihak pengurusan premis terjejas untuk menyediakan panduan bagi proses pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 30 kes baru COVID-19 pada Jumaat, termasuk satu jangkitan dalam masyarakat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita