Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dos tamat tarikh luput bentuk 10% bekalan vaksin COVID-19 di SG, kata MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Dos tamat tarikh luput bentuk 10% bekalan vaksin COVID-19 di SG, kata MOH
Diterbitkan : 26 Oct 2022 10:11PM Dikemas Kini : 27 Oct 2022 10:26AM
SINGAPURA: Singapura tidak akan dapat "menggunakan sepenuhnya" bekalan lama vaksin COVID-19 yang dibelinya kerana dos yang lebih berkesan kini ditawarkan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (26 Okt).

Bekalan vaksin COVID-19 yang sudah tamat tarikh luput membentuk kira-kira 10 peratus daripada simpanan negara, tambah MOH.

"Kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan sebarang pembaziran, seperti menukarnya dan mendermakan bekalan ke negara yang memerlukan lebih banyak vaksin serta bekerjasama dengan pengeluar vaksin untuk melanjutkan tempoh jangka guna bekalan kami," menurut MOH, sebagai menjawab pertanyaan media.

MOH bagaimanapun tidak dapat mendedahkan lebih lanjut butirannya disebabkan kewajipan kontrak.

Dalam jawapannya, MOH juga menjelaskan pendekatan Singapura untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

"Vaksinasi merupakan barisan pertahanan utama melawan COVID-19 di Singapura. Kami mendapatkan akses awal kepada vaksin COVID-19, dalam jumlah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan vaksinasi dan dos penggalak bagi penduduk," kata MOH.

"Ini termasuk bekalan yang mencukupi sekiranya berlaku kemunculan varian yang membimbangkan di mana kami menjangkakan akan
berlaku permintaan global yang tinggi atau kemungkinan gangguan terhadap penghantaran dos vaksin."

Kontrak Singapura juga membenarkan negara ini mendapat akses kepada formula vaksin yang baru dan lebih berkesan seperti vaksin bivalen.

Vaksin bivalen Moderna/Spikevax ditawarkan di Singapura sejak 14 Oktober manakala kelulusan sementara bagi vaksin penggalak bivalen Comirnaty Pfizer diluluskan pada 25 Oktober.

Sehingga Isnin, 92 peratus penduduk Singapura sudah lengkap divaksin manakala 79 peratus menerima suntikan penggalak.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan