Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dorongan keluarga, guru bantu 2 lulusan Politeknik Republik raih diploma

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hampir 4,500 lulusan Politeknik Republik akan menerima diploma mereka dalam 22 sesi konvokesyen tahun ini.

Sekitar 960 daripadanya merupakan penuntut dewasa yang mengikuti kursus Latihan Pendidikan Berterusan (CET) iaitu kohort lulusan Politeknik Republik paling besar sejauh ini.

Antara mereka ialah Muhammad Isa Ali,30 tahun yang menerima diplomanya hari ini (4 Mei).

MUHAMMAD ISA ALI CEKAL IMBANGI MASA

Beliau antara lulusan pertama Diploma dalam Kejuruteraan (Teknologi Kenderaan dan Operasi).

--

Menurutnya, diploma itu turut membantunya dalam menghuraikan pelbagai masalah di tempat kerja dengan lebih cekap lagi.

Bertugas sebagai seorang penyelia kejuruteraan di Tower Transit Singapore pada siang hari, beliau akur ia bukan mudah membahagikan masa antara pelajaran dan kerjanya.

"Sebab kita kerja sebagai teknisyen, kadang-kadang kita ada lebih kerja untuk menghabiskan jadi kadang-kalau nak habiskan kerja itu, kita terpaksa mesti dapatkan pemahaman daripada kita penyelia dan guru sekolah," ujar Encik Isa.

Encik Isa kini merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang IT atau Kejuruteraan Mekanik.

Apabila ditanya sebab beliau ingin menceburi industri IT pula, ini jawapannya:

"Salah satu teknologi baru yang akan datang adalah kenderaan autonomous. Jadi kenderaan autonomous ini mesti ada orang IT. Kalau tak siapa nak program sensor-sensor itu?"

UBAH FIKIRAN SETELAH PERTIMBANGKAN PELUANG PEKERJAAN

Seorang lagi lulusan RP tahun ini ialah Muhammad Thaqif Mohd Rizal, 20 tahun.

Berkat kegigihannya dan dorongan para guru, Muhammad Thaqif berjaya meraih diploma dalam jurusan Perindustrian dan Pengurusan Operasi hari ini (4 Mei).

--

Belia itu berkata pada mulanya beliau tidak meminati kursus tersebut dan sebaliknya ingin menceburi bidang Sains Gunaan.

Namun, beliau bertukar fikiran setelah menyedari peluang pekerjaan dan kemahiran yang boleh ditimba menerusi kursus yang dipilih.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pemalu, kursus itu katanya juga telah membina keyakinan untuk berkomunikasi depan khalayak ramai.

"Dalam kursus ini saya bukan setakat mempelajari kejuruteraan saja tapi kursus ini boleh menolong saya mencari pekerjaan yang lebih luas industrinya," tambah Thaqif.

Majlis konvokesyen Politeknik Republik tahun ini berlangsung antara 4 hingga 11 Mei.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan