Dormitori pekerja hijrahan pertama milik MOM dibuka di Jurong; geran baharu bantu naik taraf kemudahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dormitori pekerja hijrahan pertama yang dibina dan dimiliki oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dibuka di Jurong pada Sabtu (17 Jan).
Dormitori NESST Tukang menempatkan sehingga 2,400 pekerja di 210 bilik dan dibina selaras dengan piawai lebih tinggi yang ditetapkan oleh MOM semasa pandemik pada 2021.
Hampir semua katil telah digunakan pada Januari dan dijangka mencapai tahap penghunian penuh menjelang Mei, dedah MOM dalam satu kenyataan media.
MOM juga mengumumkan geran baharu di bawah Skim Peralihan Dormitori untuk membantu dormitori sedia ada menaik taraf kemudahan bagi memenuhi piawai yang ditetapkan.
Singapura telah menaikkan piawai dormitori pada September 2021, mengambil kira penularan COVID-19 yang meluas di seluruh dormitori yang menarik perhatian ramai.
Berpuluh-puluh ribu pekerja hijrahan dijangkiti COVID-19 di tengah-tengah keadaan bilik yang sempit dan khidmat katering yang tidak bersih.
Semua dormitori baharu sudahpun dikehendaki memenuhi piawai yang lebih tinggi.
Dormitori sedia ada mesti memenuhi piawai sementara menjelang 2030, dan mematuhi piawai yang lebih tinggi menjelang 2040.
NESST Tukang merupakan salah satu dormitori pertama yang dibangunkan berdasarkan piawai dormitori yang lebih tinggi ini, menurut MOM.
Kemudahan ini dikendalikan oleh NESST Singapore, sebuah entiti korporat yang ditubuhkan oleh MOM untuk menguruskan dormitori pekerja hijrahan yang dibina khas.
Berucap di majlis pelancarannya, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata ini mencerminkan "tanggungjawab kolektif" untuk memastikan tenaga kerja hijrahan Singapura ditempatkan di kediaman yang baik.
"Selama bertahun-tahun, pendekatan kami terhadap tempat penginapan pekerja hijrahan tertumpu kepada usaha memenuhi keperluan asas penginapan. Pandemik mengingatkan kita tentang pentingnya memperkukuh ekosistem dormitori kita," katanya lagi.
"Ia juga menggariskan kepercayaan kami bahawa apabila pekerja ditempatkan di tempat penginapan yang baik dan kebajikan mereka terpelihara, mereka lebih mampu memberikan yang terbaik di tempat kerja, dan masyarakat kita mendapat manfaat secara keseluruhannya."
Dr Tan juga memberikan maklumat terkini mengenai pembinaan dormitori kedua MOM di Sengkang West bermula bulan ini. Ia akan menyediakan 7,200 katil dan dijangka akan mula beroperasi menjelang akhir 2028.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.