Dokumentari khas 'Halimah Yacob: Presiden Untuk Semua' susuri detik-detik sepanjang tempoh sebagai Ketua Negara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sepanjang penggal enam tahun bergelar Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob menggariskan isu-isu yang duduk dekat di hati beliau, seperti keperluan rakyat yang terpinggir dan golongan yang terdedah kepada pelbagai cabaran.
Dalam sebuah dokumentari khas terbitan CNA, Presiden kelapan Singapura itu menyusuri detik-detik penting sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Ketua Negara.
Antaranya, keputusan membenarkan penggunaan rizab negara, selain memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati.
Dilihat daripada pelbagai sudut, Puan Halimah ialah seorang pelopor.
Bekas peguam ini ialah Anggota Parlimen wanita Melayu pertama sejak merdeka dan juga Speaker Parlimen wanita yang pertama.
Kemudian pada 2017, beliau mengukir satu lagi sejarah negara - menjadi presiden wanita Singapura yang pertama.
Sokongan Puan Halimah kepada golongan kurang upaya menyorot perhatian kepada keperluan golongan tersebut.
Beliau juga presiden yang membantu Singapura mengharungi COVID-19, memberikan persetujuan secara prinsip bagi penggunaan rizab demi menyelamatkan ekonomi dan pekerjaan.
Dokumentari itu memaparkan pelbagai usaha amal yang disokong Puan Halimah, lawatan rasmi beliau ke luar negara serta peranan istiadat lain.
Selain wawancara dengan beliau, ia juga menampilkan beberapa individu terhormat yang berkongsi pandangan serta pemerhatian mereka terhadap Presiden Halimah Yacob.
"Saya rasa 6 tahun ini merupakan suatu perjalanan yang amat penting bagi saya,perjalanan yang mempunyai banyak cabaran tetapi perjalanan yang amat memuaskan.
"Saya rasa saya tidak boleh lari daripada satu aspek iaitu semua pihak akan mengingati saya sebagai seorang presiden yang menjadi presiden semasa COVID-19 dan di mana kita perlu menggunakan rizab negara kita. Dan itu tentu sekali terteras di fikiran mereka," kata Presiden Halimah.
Dokumentari khas 'Halimah Yacob: Presiden Untuk Semua' akan disiarkan di SURIA pada 8.30 malam Rabu (13 Sep).
Anda juga boleh menyaksikannya di saluran YouTube BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.