Dokumentari CNA 'Walk The Line' dicalonkan bagi Emmy Antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:
Babak dari dokumentari CNA Walk The Line. (Gambar: CNA)
- Walk The Line, iaitu dokumentari CNA yang memenangi anugerah pada 2024, dicalonkan untuk Anugerah Emmy Antarabangsa dalam Kategori Ehwal Semasa.
- Sejak dilancarkan, siri Walk The Line di YouTube meraih lebih 5.2 juta tontonan, dengan penonton memuji sinematografinya dan laporan terperinci sedang pasukan dokumentari CNA mengikuti penduduk itu dan merakam halangan yang dihadapi sepanjang perjalanan mereka.
- Pencalonan Anugerah Emmy bagi Walk The Line meneruskan rentetan pengiktirafan yang diterima dokumentari ini.
- Pemenang akan diumumkan pada Malam Gala Anugerah Emmy Antarabangsa ke-53 di New York City pada 24 November.
SINGAPURA: Walk The Line, iaitu dokumentari CNA yang memenangi anugerah pada 2024, dicalonkan untuk Anugerah Emmy Antarabangsa dalam Kategori Ehwal Semasa.
Siri tiga bahagian itu mengikuti perjalanan penduduk dari China yang berusaha untuk sampai ke Amerika Syarikat melalui cara yang berbahaya, demi memburu "The American Dream" (Impian Amerika).
Sejak dilancarkan, siri Walk The Line di YouTube meraih lebih 5.2 juta tontonan, dengan penonton memuji sinematografinya dan laporan terperinci sedang pasukan dokumentari CNA mengikuti penduduk itu dan merakam halangan yang dihadapi sepanjang perjalanan mereka.
CNA turut menerbitkan ciri interaktif khas untuk Walk The Line bagi memberikan pembaca pemahaman yang lebih mendalam tentang misi berbahaya yang ditempuh penduduk itu.
Pencalonan Anugerah Emmy bagi Walk The Line meneruskan rentetan pengiktirafan yang diterima dokumentari ini.
Ini termasuk anugerah siri dokumentari terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2024, anugerah perak di Anugerah Media & TV Korporat Cannes 2024, anugerah emas di Festival Media Dunia 2025 bagi kategori Televisyen & Media Korporat, serta anugerah emas dan perak di Anugerah TV & Filem Festival New York 2025.
Koresponden Walk The Line, Wei Du, turut memenangi anugerah bagi penyampai fakta terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia tahun lalu, serta anugerah emas di Anugerah TV & Filem Festival New York.
Ini menandakan tahun kedua berturut-turut dokumentari CNA dicalonkan bagi Anugerah Emmy Antarabangsa.
Edisi tahun lalu menyaksikan dokumentari The Exiles menerima pencalonan dalam kategori dokumentari terbaik.
Turut dicalonkan bersama Walk The Line dalam kategori Emmy tersebut ialah pelbagai penerbitan antarabangsa seperti 'Dispatch: Kill Zone: Inside Gaza' dari Britain, 'Philippines: Diving For Gold' dari Perancis, dan 'Enforced Disappearances' dari Brazil.
Pemenang akan diumumkan pada Malam Gala Anugerah Emmy Antarabangsa ke-53 di New York City pada 24 November.
Dalam kenyataannya, Bruce L Paisner, Presiden dan CEO Akademi Antarabangsa, berkata: “Sedang Anugerah Emmy Antarabangsa terus mengiktiraf karya dan penerbitan yang terbaik dalam dunia televisyen, kreativiti dan mutu calon tahun ini, dari rekod 26 negara, mencerminkan kekuatan industri kita di peringkat global.
“New York City sekali lagi akan menjadi pentas dunia pada bulan November ini, di mana kita akan memberi penghormatan kepada pencapaian luar biasa mereka.”

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.