Dokumen rujukan beri panduan penggunaan AI di hospital
Patutkah sistem Kecerdasan Buatan (AI) di hospital digunakan untuk menentukan sekiranya seorang pesakit kencing manis perlu dirawat di hospital, tanpa perlu nasihat kakitangan kesihatan berpengalaman?

Gambar fail wad di hospital Singapura. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Patutkah sistem Kecerdasan Buatan (AI) di hospital digunakan untuk menentukan sekiranya seorang pesakit kencing manis perlu dirawat di hospital, tanpa perlu nasihat kakitangan kesihatan berpengalaman?
Golongan profesional teknologi kini mempunyai sebuah dokumen rujukan untuk membantu mereka menangani dilema etika seperti ini apabila mendapatkan huraian AI.
Dokumen yang ditulis oleh veteran-veteran industri dilancarkan Persatuan Komputer Singapura (SCS) hari ini (16 Okt).
Disokong oleh Penguasa Infokom Media dan Pembangunan (IMDA), dokumen tersebut berdasarkan Rangka Kerja Kawal Selia Model AI yang menggariskan prinsip-prinsip beretika kepada langkah-langkah praktikal untuk digunakan syarikat-syarikat.
Ia turut membentuk asas bagi kursus pensijilan etika AI yang pertama di Singapura untuk golongan profesional teknologi.
Kursus itu akan dilancarkan oleh SCS dan Universiti Teknologi Nanyang tahun depan.
Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata: "Teknologi-teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI) adalah kritikal dalam membantu perniagaan membuat penyesuaian kepada norma baru ini."
Menurutnya penggunaan AI yang bertanggunjawab boleh merangsang kecekapan syarikat, memudahkan pembuatan keputusan dan membantu pekerja menambah ilmu dan melakukan pekerjaan yang lebih baik dan bermakna.
"Secara keseluruhan, kami mahu mencipta persekitaran AI yang progresif, selamat dan boleh dipercayai yang dapat dimanfaatkan perniagaan dan pekerja untuk memacu perubahan ekonomi," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.