Skip to main content

Singapura

Doktor warga M'sia diselamatkan dari gunung Nepal meninggal dunia

Doktor warga Malaysia yang berpangkalan di Singapura, yang diselamatkan dari Gunung Annapurna, Nepal minggu lalu telah meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor warga M'sia diselamatkan dari gunung Nepal meninggal dunia

Dr Chin Wui Kin. (Gambar: Wui Kin Chin/Facebook)

Diterbitkan : 03 May 2019 08:18AM Dikemas Kini : 03 May 2019 08:21AM

SINGAPURA: Doktor warga Malaysia yang berpangkalan di Singapura, yang diselamatkan dari Gunung Annapurna, Nepal minggu lalu telah meninggal dunia.

Dr Chin Wui Kin, 48 tahun, terkandas di Gunung Annapurna selama dua malam. Beliau sampai ke puncak gunung tersebut tetapi gagal kembali ke kem terdekat.

Empat sherpa dikerahkan untuk menyelamatkannya dan beliau ditemui dalam keadaan separuh sedar. Usaha menyelamatkannya disifatkan sebagai satu "keajaiban".

Dr Chin diterbangkan ke sebuah hospital di Kathmandu pada Jumaat (26 Apr) dan ditemani isterinya di sana. Seorang doktor kecemasan di Hospital Mediciti memberitahu AFP bahawa beliau berada dalam keadaaan kritikal kerana mengalami hiportemia dan luka beku pada tangan dan kakinya.

Rakan-rakan dan saudara-mara memberikan penghormatan terakhir untuk mendiang Dr Chin di sebuah kuil Buddha di Bukit Merah pada Khamis.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita